Majlis Graduasi Pendidikan Khas Daerah Kluang bagi tahun
2013 telah diadakan pada 7 November 2013 bertempat di Kluang Mall. Majlis ini
diadakan sempena meraikan murid-murid pendidikan khas daerah Kluang yang akan
melanjutkan pelajaran sama ada ke sekolah menengah ataupun yang akan menamatkan
pelajaran selepas tamat sekolah menengah. Murid Pendidikan Khas SK. Kg. Dato’
Ibrahim Majid, Syed Afiq An-Nuur telah menyertai majlis tersebut dan telah
dianugerahkan sijil graduasi.
No comments:
Post a Comment