Monday 18 November 2013

MAJLIS GRADUASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH KLUANG 2013

Majlis Graduasi Pendidikan Khas Daerah Kluang bagi tahun 2013 telah diadakan pada 7 November 2013 bertempat di Kluang Mall. Majlis ini diadakan sempena meraikan murid-murid pendidikan khas daerah Kluang yang akan melanjutkan pelajaran sama ada ke sekolah menengah ataupun yang akan menamatkan pelajaran selepas tamat sekolah menengah. Murid Pendidikan Khas SK. Kg. Dato’ Ibrahim Majid, Syed Afiq An-Nuur telah menyertai majlis tersebut dan telah dianugerahkan sijil graduasi.


Monday 28 October 2013

HARI PENDIDIKAN KHAS ZON SIMPANG RENGGAM


Hari Pendidikan Khas Zon Simpang Renggam 2013 telah diadakan pada 23 dan 24 Oktober 2013 bertempat di SMK Dato' Rahman Andak, Simpang Renggam. Seramai 3 orang murid Pendidikan Khas SKKDIM telah menyertai pertandingan pakaian beragam yang telah diadakan pada 23 Oktober. Dalam pertandingan tersebut adik Syed Afiq An-Nuur telah berjaya menjadi naib johan manakala adik Nurain Syafiqah dan Hazziq Afif masing-masing membawa pulang hadiah saguhati. Pada 24 oktober pula telah diadakan pertandingan dam haji yang telah disertai oleh Syed Afiq An-Nuur. Pertandingan dam haji dijalankan secara terbuka melibatkan sekolah rendah, menengah dan Pusat Dalam Komuniti (PDK) Zon Simpang Renggam. Adik Syed Afiq telah berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua murid Pendidikan Khas SKKDIM yang telah berjaya dan sama-sama memeriahkan Hari pendidikan Khas Zon Simpang Renggam 2013.

Sunday 20 October 2013

LAWATAN MURID PENDIDIKAN KHAS DAN TAHUN 6 SKKDIM KE LEGOLAND


Pada 3 Oktober yang lalu, murid pendidikan khas dan tahun 6 SKKDIM telah menyertai lawatan ke Legoland, Johor Bahru. Seramai 80 orang murid  dan 8 orang guru pengiring telah menyertai lawatan tersebut. Lawatan ini diharap dapat memberikan ilmu dan pengalaman yang berguna kepada murid-murid pendidikan khas. Sepanjang lawatan ke Legoland murid-murid pendidikan khas kelihatan amat teruja dan gembira dapat bermain dan mencuba pelbagai jenis permainan dan aktiviti menarik yang terdapat di sana...
Diharap pada tahun hadapan Pendidikan Khas SKKDIM dapat menjalankan aktiviti lawatan di tempat-tempat menarik.

Wednesday 11 September 2013

MARHABAN PENDIDIKAN KHAS & PRA SEKOLAH 2013


5 September 2013-Program Marhaban merupakan program tahunan yang dijalankan bersama antara Kelas Pendidikan Khas dan Pra Sekolah SKKDIM. Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan murid-murid terlibat dengan program keagamaan di samping mengeratkan hubungan sillaturrahim di antara murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah. Aktiviti marhaban telah dijalankan di setiap kelas pra sekolah dan pendidikan khas dan diakhiri dengan majlis jamuan.

Monday 1 July 2013

SEMARAK ISLAM DAERAH KLUANG 2013


Bertempat di Dewan SMK Seri Intan telah berlangsung Program Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Kluang. Dalam Program Semarak Islam telah dijalankan beberapa pertandingan khusus untuk murid-murid sekolah pendidikan khas di daerah Kluang.Antara pertandingan yang dijalankan adalah seperti pertandingan bercerita kisah dari Al-Quran, hafazan, tulisan khat dan nasyid. SKKDIM telah menghantar dua orang wakil iatu adik Syed Afiq An-Nur bagi pertandingan bercerita kategori lelaki junior dan Nurain Syafiqah bagi kategori hafazan. Tahniah diucapkan kepada adik Syed Afiq An-Nuur telah berjaya memperolehi johan dalam pertandingan bercerita dan akan mewakili Daerah Kluang bagi Program Semarak Islam peringkat Negeri Johor.

Wednesday 22 May 2013

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PEND. KHAS KLUANG 2013


Pada 20 & 21 April telah berlansung kejohanan Padang dan Balapan Pendidikan Khas Daerah Kluang bertempat di SMK Belitong,Kluang. Kejohanan ini merupakan acara tahunan yang diadakan bertujuan melibatkan murid pendidikan khas daerah Kluangdalam sukan olahraga. Tahun ini Pendidikan Khas SKKDIM telah menghantar 2 orang wakil bagi acara 100m dan lompat jauh kategori lelaki junior bermasalah pembelajaran serta acara baling bola lisut dan 50m bagi kategori sindrom down.

Tuesday 26 February 2013

KEJOHANAN BOLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH KLUANG 2013



Kejohanan Boling Pendidikan Khas Daerah Kluang telah kembali lagi dengan kejohanan bagi tahun 2013 telah berlansung di tempat yang sama seperti tahun sebelumnya iaitu di V-Bowl Kluang Parade pada 26 dan 27 Februari. Perbezaan pada tahun ini dapat dilihat daripada jumlah penyertaan peserta yang meningkat dari tahun sebelumnya. Memang ramai peserta dan guru-guru pendidikan khas yang hadir pada tahun ini. Pendidikan Khas SKKDIM telah menghantar 2 peserta bagi kategori murid dan 2 peserta bagi kategori guru. Meskipun murid-murid tidak berjaya memperolehi hadiah pada pertandingan tersebut namun 2 orang guru telah berjaya mendapat saguhati bagi kategori guru lelaki dan perempuan. Diharap dengan latihan yang berterusan, pendidikan khas SKKDIM akan melakar keputusan yang lebih baik pada tahun hadapan.

KARNIVAL PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS KLUANG 2013

Bertempat di SMK Seri Intan Kluang, telah berlangsung Karnival Permainan Pendidikan Khas Daerah Kluang pada 20 Februari yang lalu. Pada karnival tersebut telah diadakan pertandingan futsal dan bola jaring bagi Sekolah Integrasi Pendidikan Khas Daerah Kluang. Pendidikan Khas SKKDIM telah menghantar seorang wakil dalam permainan futsal. Gabungan pemain dari SKKDIM, SK. Tmn. Sri Kluang Barat dan SK. Syed Zain Al-Syahab telah berjaya mendapat naib johan dalam permainan futsal yang tewas kepada SMKSEDARA pada perlawanan akhir. Tahniah kepada semua pemain yang telah menunjukkan semangat dan kesungguhan untuk menang.