Tuesday 26 February 2013

KEJOHANAN BOLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH KLUANG 2013



Kejohanan Boling Pendidikan Khas Daerah Kluang telah kembali lagi dengan kejohanan bagi tahun 2013 telah berlansung di tempat yang sama seperti tahun sebelumnya iaitu di V-Bowl Kluang Parade pada 26 dan 27 Februari. Perbezaan pada tahun ini dapat dilihat daripada jumlah penyertaan peserta yang meningkat dari tahun sebelumnya. Memang ramai peserta dan guru-guru pendidikan khas yang hadir pada tahun ini. Pendidikan Khas SKKDIM telah menghantar 2 peserta bagi kategori murid dan 2 peserta bagi kategori guru. Meskipun murid-murid tidak berjaya memperolehi hadiah pada pertandingan tersebut namun 2 orang guru telah berjaya mendapat saguhati bagi kategori guru lelaki dan perempuan. Diharap dengan latihan yang berterusan, pendidikan khas SKKDIM akan melakar keputusan yang lebih baik pada tahun hadapan.

KARNIVAL PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS KLUANG 2013

Bertempat di SMK Seri Intan Kluang, telah berlangsung Karnival Permainan Pendidikan Khas Daerah Kluang pada 20 Februari yang lalu. Pada karnival tersebut telah diadakan pertandingan futsal dan bola jaring bagi Sekolah Integrasi Pendidikan Khas Daerah Kluang. Pendidikan Khas SKKDIM telah menghantar seorang wakil dalam permainan futsal. Gabungan pemain dari SKKDIM, SK. Tmn. Sri Kluang Barat dan SK. Syed Zain Al-Syahab telah berjaya mendapat naib johan dalam permainan futsal yang tewas kepada SMKSEDARA pada perlawanan akhir. Tahniah kepada semua pemain yang telah menunjukkan semangat dan kesungguhan untuk menang.